RSS

19 November 2009

JENIS BEKAM

Jenis-jenis bekam adalah seperti berikut :

Bekam kering atau bekam angin (Hijamah Jaaffah), iaitu menghisap permukaan kulit dan memijat tempat sekitarnya tanpa mengeluarkan darah kotor. Bekam kering ini berkhasiat untuk melegakan sakit secara darurat atau digunakan untuk meringankan kenyerian urat-urat punggung kerana sakit rheumatik, dan penyakit-penyakit yang menyebabkan kenyerian punggung. Bekam kering adalah baik bagi mereka-mereka yang tidak tahan dengan suntikan jarum serta takut untuk melihat darah. Kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitam-hitaman selama 3 hari.

Bekam basah (Hijamah Rothbah), iaitu pertama kita melakukan bekam kering, kemudian kita melukai permukaan kulit dengan jarum tajam (lancet), lalu di sekitarnya dihisap dengan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh. Tempoh bagi setiap setiap hisapan adalh dari 3 hingga 5 minit, dan maksimal adalah 9 minit, lalu dibuang darah kotornya. Penghisapan tidak lebih dari 7 kali hisapan. Darah kotor yang dihisap adalah darah merah pekat dan berbuih. Dan selama 3 jam setelah di-bekam, kulit yang lebam itu tidak boleh disiram air. Jarak waktu pengulangan bekam pada tempat yang sama adalah 3 minggu sahaja.

0 ulasan: